CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 12 Mei 2013

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI




Selamat Datang ke Blog kami..

Blog ini merupakan salah satu tugasan kami dalam Subjek Ketrampilan Membaca.
Kami berharap blog ini dapat menolong anda untuk lebih memahami dan meminati tentang Ketrampilan Membaca dengan lebih mendalam...

Ahli Kumpulan Kami terdiri daripada :


NUR KHALIESAH BTE MOHAMAD YUSOF
D20111047965
(CIKGU LISA)




SITI HAWA BTE ADNAN
D20111047955
(CIKGU HAWA)



SUHAILA BTE SULAIMAN
(D20111048491)
(CIKGU SUHAILA)



LEE SIN EE
 D20111048457
(CIKGU SALLY)


Kami ingin berterima kasih kepada pensyarah kami yang telah banyak membantu memberi maklumat..

Dr Makmur




Terima kasih kerana sudi melawat blog kami.. :)
Semoga anda mendapat maklumat yang berguna..
InshaALLAH.....




Sabtu, 11 Mei 2013

KETERAMPILAN MEMBACA



1.0  DEFINISI MEMBACA

Apa itu membaca???
  • Membaca merupakan satu proses pembentukkan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca (Anderson dan Pearson, 1984).
  • Menurut Venezkey, membaca adalah terjemahan daripada bentuk tulisan kepada sesuatu bentuk bahasa apabila pembaca sudah boleh menimbulkan makna daripadanya.
  • Manakala, menurut Lado pula membaca ialah merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis.
  • Kenedy (1981), pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.
  • Jadi kesimpulanya, membaca boleh dirumuskan bahawa satu proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Haris dan Sipay, 1980).

 TEORI-TEORI MEMBACA
Terdapat tiga teori utama dalam proses membaca dan teori-teori tersebut ialah seperti berikut :
  • Teori Psikologi
  • Teori Kognitif
  • Teori Linguistik

Teori Psikologi
Dalam teori psikologi terdapat model behavioris yang berkaitan dengan proses membaca. Menurut model ini, semua pembelajaran melibatkan proses pembentukan tabiat atau kebiasaan melalui hubungan antara rangsangan dan tindak balas.
   Dalam bidang bacaan, model ini boleh diaplikasikan kepada proses membaca dan untuk menguasai kemahiran membaca, seseorang itu perlu berlatih membaca daripada mengecam perkataan, mendapatkan makna daripada perkataan dan ayat.
    Mengikut model ini lagi, sesuatu tingkah laku akan menjadi kebiasaan jika ia dibuat secara berulang kali dan secara automatik kemahiran membaca akan bertambah baik jika ia dibuat berulang kali.
Teori Kognitif
Ahli dalam Teori Kognitif ini rata-ratanya merupakan ahli bahasa yang percaya bahawa perkembangan bahasa adalah sebahagian daripada proses perkembangan individu. Ahli teori ini berpendapat bahawa membaca adalah kemahiran kognitif yang kompleks.
    Teori ini menganggap membaca sebagai mengumpul, memproses serta menggunakan maklumat dan tidak hanya bertindak balas terhadap bahan bacaan. Teori ini menolak anggapan bahawa kemahiran berbahasa boleh diperoleh melalui pembentukan kebiasaan atau tabiat melalui ikatan rangsangan dan tindak balas.
Teori Linguistik
Teori Linguistik adalah teori bahasa yang mengatakan bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan kebolehan berbahasa yang diperoleh sejak lahir untuk mendapatkan pengetahuan daripada persekitarannya.
    Teori ini mendefinisikan membaca sebagai proses psikolinguistik yang memperlihatkan makna diperoleh melalui hubungan media linguistik. Mengikut teori ini lagi, membaca bukan sahaja satu proses mengatur huruf hingga menjadi perkataan dan rangkai kata kepada ayat-ayat , tetapi membaca sebenarnya adalah proses untuk mendapatkan makna pada tahap yang lebih mendalam

2.0  JOM BELAJAR MEMBACA





    Belajar membaca

Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. Melalui pembacaan bahan yang bermanfaat, pembaca akan mendapat manfaat yang berguna itu memberi ilmu tambahan. Melalui sebuah buku juga kita akan mengenal dunia walaupun tidak sempat menjelajahinya.
            Menurut Meithy Djiwatampu (2008:38), menyatakan bahawa kegiatan membaca di sekolah merupakan salah satu tugas guru adalah membantu siswa atau murid untuk mencapai produk membaca. Perkara yang dimaksudkan dengan produk membaca adalah komunikasi iaitu penyampaian fikiran dan emosi penulis kepada siswa dan tercapainya pengertian dalam diri siswa mengenai gagasan-gagasan yang ditulis oleh penulis melalui bahan bacaan ini.

   Masalah dalam membaca

Dalam dunia yang kian maju ini, masih tidak dapat dinafikan bahawa masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih tidak boleh membaca. Hal ini bukan kerana mereka kurang minat atau tidak cakna dengan pembacaan, namun berkemungkinan segelintir daripada mereka tidak mampu membaca atas sebab-sebab tertentu.
Masyarakat tidak boleh membuat andaian terus terhadap mereka yang tidak boleh membaca, iaitu dengan mengatakan mereka malas atau sebagainya. Kita sebagai manusia yang dikatakan mampu membaca perlu membantu segelintir daripada mereka yang tidak mampu membaca.
Menurut Mahzan Arshad (2008:180), mereka yang bermasalah dalam membaca ini juga disebut tidak berkeupayaan membaca. Beliau juga melihat bahawa isu pelajar tidak dapat membaca walaupun telah berada pada satu tahap persekolahan yang tinggi lalu menarik perhatian ibu bapa dan pendidik ini. Malah menurut Melissa Lee Farrall (2012:101) masalah membaca juga disebut sebagai masalah kesihatan awam. Hal ini disebut begitu kerana satu daripada lima orang pelajar berada dalam masalah membaca.
Mahzan Arshad (2008:182-186), juga melihat ketidakupayaan membaca ini diukur daripada dua faktor iaitu faktor fizikal dan faktor neurologikal. Faktor fizikal ini pula melibatkan penglihatan, persepsi penglihatan, pendengaran dan pertuturan. Manakala faktor neurologikal iaitu kerosakan otak, neurologi tidak berfungsi, keturunan, emosi dan sosioekonomi. Untuk memperjelaskan faktor ini lihat jadual di bawah:

Faktor fizikal (luaran)

Penglihatan
Melibatkan masalah juling, rabun dekat, rabun jauh, astigmatism, amblyopiks
Persepsi penglihatan
Perkataan dilihat berlaku percampuran huruf, huruf menjadi terbalik, masalah cetakan saiz huruf, tidak dpat membezakan suku kata
Pendengaran
Menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Berlaku dua rencatan pendengaran iaitu kerencatan sementara dan kekal
Pertuturan
Kecelaruan bunyi suara, nada tidak menentu, pertuturan spastik




Faktor neurologikal (berkait dengan sistem saraf)

Kerosakan otak
Boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan bahan toksik yang mencemarkan otak atau bahagian otak
Neurologi tidak berfungsi
Hyperlexia- lambat perkembangan bahasa dan akal
Faktor keturunan
Latar belakang keluarga yang tidak tahu membaca dan
persekitaran seperti penyediaan ke arah membaca
Faktor emosi
Rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi akibat daripada masalah penderaan, kakan-kanak terbiar dan sebagainya
Faktor sosioekonomi
Tercicir daripada sistem pendidikan


Masalah ini perlulah dikenalpasti oleh ibu bapa dan guru supaya dapat membantu para pelajar yang bermasalah sejak daripada awal. Oleh sebab itu, pendekatan yang perlu diambil oleh guru di sekolah iaitu guru perlulah tentukan murid-murid lemah dalam aspek membaca. Mereka haruslah dibantu supaya tidak ketinggalan dalam pendidikan ekoran daripada masalah membaca ini. Perkara ini haruslah dibimbangi oleh masyarakat hari ini jika ilmu membaca tidak mampu dikuasai oleh anak-anak atau pelajar ini.


3.0  PEMILIHAN BAHAN BACAAN


 Pemilihan Bahan Bacaan

            Kebanyakan masyarakat zaman sekarang hanya mementingkan bahan bacaan yang bersifat keseronokan apabila membuat pemilihan. Hal ini sedikit sebanyak adalah disebabkan oleh fahaman Hedonisme yang digagaskan oleh Epicurus di mana falsafah hidup bertujuan untuk mencapai suatu keseronokan. Oleh itu, guru-guru mestilah mengambil berat tentang pemilihan bahan bacaan pelajar. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dalam pendidikan Literasi. Sebagai contoh, bahan teknologi, buku teks dan juga bahan kesusasteraan.

  Pemilihan Bahan Teknologi dalam Pendidikan Literasi
Teknologi telah memberi kesan yang sangat besar terhadap masyarakat zaman moden ini terutamanya guru. Hal ini disebabkan guru adalah orang yang selalu menghadapi lapisan masyarakat yang berlainan sama ada pelajar ataupun ibu bapa serta rakan sekerja. Guru literasi haruslah mempunyai pengetahuan yang jelas tentang pemilihan bahan teknologi yang dapat  digunakan secara berkesan dalam sesi pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga perlu tahu bagaimana untuk menilai secara berterusan bahan teknologi, terutamanya berkaitan perisian yang dapat digunakan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan. Guru seharusnya membuat pertimbangan apabila bahan teknologi digunakan. Guru perlu bijak mepertimbangkan keberkesanan dengan menentukan sejauhmana output yang diletakkan dalam proses pengajaran berbanding input yang terhasil. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dititikberatkan oleh guru. Sebagai contoh,

 Tentukan Objektif Pembelajaran
 Tahap Pencapaian Pelajar
  Tentukan Isi Kandungan dan Domain Kemahiran
  Tentukan Aspek Teknikal
  Tentukan Ciri Fizikal Sesuatu Bahan Teknologi


   Pemilihan Bahan dalam Buku Teks Literasi Bahasa Melayu
Bahan yang digunakan dalam buku teks Bahasa Melayu dipilih bagi membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa untuk berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat dan membuat apresiasi terhadap bahan kesusasteraan. Bahan yang dikemukakan dalam bahagian membaca perlu dipilih bagi meningkatkan kemahiran pelajar memperoleh dan memahami maklumat yang disediakan. Latihan seperti melawat laman web, memperoleh maklumat dari akhbar dan majalah dan merujuk kamus adalah contoh bagaimanakah seseorang pelajar memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber.

  Bahan Grafik
Bahan grafik banyak memberi kesan terhadap pemahaman pelajar terhadap kandungan buku teks. Hal ini disebabkan ia dapat menterjemahkan maksud sesuatu konsep yang sukar difahami menerusi bahasa bertulis.

   Pemilihan Bahan Kesusasteraan dalam Pengajaran Literasi Bahasa Melayu
Untuk memilih bahan kesusasteraan, guru perlu mempunyai beberapa panduan umum bagi membuat pemilihan bahan kesusasteraan yang difikirkan sesuai digunakan di dalam kelas. Bahan tersebut mestilah sesuai dengan perkembangan usia pelajar dan sesuai dengan latar belakang pelajar serta bahan yang dipilih itu mestilah dapat menarik pelajar supaya terus membaca. Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar ialah bahan yang sesuai bagi setiap tahap persekolahan seperti berdasarkan apa yang terkandung dalam buku teks dan bahan-bahan bacaan tambahan yang dicadangkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan. Bahan yang dikatakan menarik minat pelajar mestilah berdasarkan persembahan ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik terutamanya bahan yang ilustrasi luarnya menarik. Hal ini disebabkan ia akan menimbulkan perasaan ingin tahu seseorang pelajar untuk mengetahui kandungan dalam sesebuah buku. Guru juga boleh melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan yang terpilih dalam buku teks. Walaubagaimanapun, guru mestilah ingat bahawa bahan-bahan dalam buku teks sahaja tidak mencukupi bagi memperkayakan pengalaman pelajar dengan pelbagai bahan kesusasteraan.


4.0  PENDEKATAN DALAM MEMBACA


KONSEP PENDEKATAN

Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

PENDEKATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN

1               FONIK

Fonik adalah satu kaedah pengajaran membaca yang sentiasa mendapat perhatian. Kaedah ini menekankan bunyi huruf. Pendekatan fonik pada awalnya digunakan bagi mengajar membaca pada tahap mendekod perkataan. Murid-murid diajar untuk mengenali huruf dari A hinggalah ke Z. Teknik yang digunakan ialah latih tubi, iaitu murid-murid akan diajar mengenal setiap huruf dan bunyinya. Bunyi huruf konsonan ialah b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z. Manakala huruf vokal ialah a e i o u.
Fonik adalah siri peraturan di mana kanak-kanak mengingat dan menggunakannya apabila bertemu dengan perkataan-perkataan baru.Kanak-kanak didedahkan dengan peraturan tertentu seperti menyebut huruf ‘u’ dengan bunyi (muncungkan bibir) bukannya ‘yu’. Kemudian mereka diminta menyebut dan menulis ‘u’ berulang kali sehingga dapat menggabungkan huruf dan bunyi serentak.

Contoh kaedah fonik.
 


2. DEKOD

Pendekatan ini amat sesuai bagi meningkatkan kemahiran murid-murid dalam melakukan proses mendekod, iaitu memecahkan simbol bertulis dalam bentuk bunyi. Guru akan menyediakan carta huruf, kad imbas, kad huruf besar dan huruf kecil, dan murid-murid diharapkan dapat mengenal pasti setiap huruf serta bunyinya.  Mereka juga diajarkan bunyi huruf tersebut apabila dicantumkan

Contoh kad




3                        PENDEKATAN KESELURUHAN KATA

Pendekatan pengajaran membaca secara keseluruhan kata ini banyak digunakan dalam pengajaran membaca pada masa ini Penekanan bukan sahaja kepada bunyi huruf tentang bunyi keseluruhan perkataan yang terdapat pada sesuatu bahan bacaan.
Membaca secara keseluruhan
Guru akan menyediakan carta atau kad imbas yang mengandungi perkataan yang lengkap dan gambar yang disertakan untuk dijadikan sebagai klu bagi membantu murid menyebut perkataan tersebut.
Pengulangan juga berlaku bagi memastikan mereka dapat menguasai sebutan sesuatu perkataan berdasarkan huruf yang tertera di bawah gambar tersebut. Latihan mengulangi sebutan perkataan dijalankan sehingga murid-murid benar-benar mahir dalam menyebut perkataan atau ayat yang mudah secara keseluruhan

4           PENDEKATAN HOLISTIK

Menurut Mahzan Arshad(2003),pendekatan holistik diperkenalkan di negara ini terutama dalam pengajaran membaca dalam bahasa Melayu.

Prinsip asas pendekataan ialah murid-murid bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca tetapi juga untuk menikmati bahan bacaan.

Pendekatan holistik diperkenalkan dalam pegajaran bacaan kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang tinggi tetapi tidak mempunyai minat menbaca yang mengalakkan.

       I.            Pengajaran membaca secara traditional 
          Hal ini berlaku kerana penekanan pengajaran membaca yang diajar di sekolah terlalu menegaskan aspek mendekod dan mengenal pasti perkataan secara keseluruhan.
    II.            Aspek Penghayatan Pengajaran membaca menerusi pendekataan holistik juga menegaskan aspek mendekod dan memahami

 III.        Penggunaan bahan Autentik ialah buku yang sebenar atau buku yang dihasilkan oleh guru atau murid sendiri. Pendekatan ini mengelakkan daripada menggunakan carta huruf. Guru membawa buku yang sebenar ke dalam kelas dan memberikan murid-murid peluang mengalami bahan yang mempunyai struktur yang lengkap.




5.0 ALAT BANTU MENGAJAR

    5.1   Khan Academy


                Khan academy merupakan suatu laman sesawang pendidikan tanpa keuntungan yang dicipta pada tahun 2006 oleh pendidik Salman Khan. Beliau seorang bekas penuntut Universiti Harvard. Laman sesawang ini telah membekalkan lebih daripada 4,000 mikro-kuliah melalui video yang telah dimasukkan dalam YouTube untuk mengajar matematik, sejarah, kesihatan, perubatan, fizik, kimia, ekonomi, astronomi dan sebagainya. 
            
             Khan academy dapat membantu pelajar memahami sesuatu bab dengan mudah dengan cara pengajaran teknik yang berbeza dan lebih menarik. Ia telah menggunakan pendekatan auditori dan visual serta huraian nota yang lengkap dengan menggunakan teori dan pendekatan dunia yang sebenar.












SMART DRAW



Tahukah anda apa itu SmartDraw?


SmartDraw merupakan sebuah perisian yang dinyatakan sebagai perisian grafik.
 Ia dibangunkan oleh SmartDraw.com. SmartDraw digunakan untuk membuat graf, carta alir, carta gant, persembahan grafik, mereka bentuk perisian dan bermacam lagi. 
Walaupun perisian dinyatakan sebagai perisian grafik perniagaan namun ia juga sangat sesuai untuk pelbagai lain seperti sekolah dan sebagainya.





Kelebihan penggunaan SmartDraw :
  •       Menjimatkan masa untuk mencari bahan yang diperlukan
  •        Memberi idea dan juga pendapat bagi menghasilkan kerja yang lebih kreatif
  •        Segala kerja yang dilakukan dalam SmartDraw ini boleh dipindahkan ke word, excell       dan power point dengan mudah sekali. Ini kerana ia telah menyediakan 'link button' ke aplikasi tersebut